Date: 7 October 2017
Venue: Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
Time: 06:30 am
Location: Kuala Lumpur, Malaysia
Categories: 6 km, 3 km
  Entry fees
RM 55
  More about this event
Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Kesihatan merujuk satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti ada penyakit darah tinggi, kencing manis dan mudah diserang penyakit berjangkit lain. Aktiviti fizikal memberi banyak faedah dari segi kesihatan tubuh badan, sosial, dan emosi serta boleh mengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik. Penyertaan dalam aktiviti fizikal yang kerap dapat menyumbangkan ke arah kecergasan yang lebih baik dan membendung penyakit gaya hidup sedentari yang semakin membimbangkan.

Salah satu aktiviti fizikal yang menjanjikan kesan yang sangat positif adalah berlari. Dengan berlari, ia dapat menguatkan jantung dan memastikan kelancaran arus darah dan oksigen ke seluruh tubuh yang dapat membantu untuk mengurangkan risiko serangan jantung. Selain itu, berlari juga boleh meningkatkan kepadatan tulang, mengelak osteoporosis, menghilangkan stress dan yang paling utama mencegah gejala sosial tidak sihat di dalam masyarakat. Di samping itu juga, dengan berlari, ia dapat meningkatkan stamina diri supaya masyarakat lebih cergas dalam menjalankan aktiviti harian mereka.

Menyedari kebaikan berlari, Program Sains Senaman dan Sukan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (USM) akan menganjurkan satu pertandingan larian yang diberi nama Larian Terbuka Kelantan 2017. Pertandingan ini merupakan penganjuran kali ke tujuh setelah kali pertama diadakan pada tahun 2011. Larian Terbuka Kelantan 2017 yang dirancang ini adalah berbentuk pertandingan mengikut pecahan kategori yang bertujuan untuk mengumpul seberapa ramai peserta yang ingin menguji keupayaan sebenar melalui kekuatan fizikal dan kecergasan mental. Larian yang akan diadakan ini, diharapkan dapat memberi kepuasan kepada masyarakat untuk sama-sama mengambil bahagian dalam merancakkan lagi aktiviti kecergasan.

Selain itu, pertandingan ini juga diharapkan dapat merangsang hubungan baik antara warga Universiti Sains Malaysia dengan anggota masyarakat khususnya di negeri Kelantan. Penglibatan dalam aktiviti ini akan memberi peluang kepada warga masyarakat untuk berinteraksi dan merapatkan ukhuwah bersama warga USM.
Health is very important in ensuring the happiness of each individual life. Health refers to a body condition do not experience any problems as there are high blood pressure, diabetes and vulnerable to other infectious diseases. Physical activity provides many benefits in terms of physical health, social, and emotional and can reduce the incidence of chronic diseases. Participation in regular physical activity can contribute towards better fitness and prevent disease sedentary lifestyle that is increasingly worrying.

One of the physical activity that promises a very positive effect is running. With running, it can strengthen the heart and ensure the smooth flow of blood and oxygen throughout the body, which can help to reduce the risk of heart attack. In addition, running also can increase bone density, prevent osteoporosis, relieve stress and most importantly prevent unhealthy social phenomenon in society. In addition, by running, it can increase stamina themselves so people are more active in carrying out their daily activities.

Recognizing the good run, Exercise and Sports Science Program, School of Health Sciences (USM) will organize a competition run, named Kelantan Open Run 2017. The competition is organized into seven times after the first held in 2011. The Kelantan Open Run 2017 it is designed in the form of games according to category, which aims to collect as many people who want to test the actual capacity through physical and mental fitness. The event to be held, is expected to give satisfaction to the community to equally participate in fitness activities intensify.

Moreover, competition is also expected to foster good relations between people of University of Science Malaysia with members of the public, especially in Kelantan. Participation in these activities will provide opportunities for citizens to interact and closer relationship with USM.

  Runner's Entitlement
Race Pack
Event t-shirt
Finisher medal
Goodie bag
Certificate
Race Apparel
Race apparel by: Ultron
  Finisher Medal
Photos not yet available. Please check back at a later time.

  Route maps
Route maps not yet available. Please check back at a later time.
  Stay Updated!
  Discuss

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Disclaimer:
- The race ratings are formed by our readers and may not reflect the site owners' opinions.
- This database is built and maintained by our users. All information are correct to the best of our knowledge, however, the fact that a particular message / article / media is posted on or transmitted using this web site does not mean that JustRunLah! has endorsed that message in any way or verified its accuracy, completeness or usefulness.
- All race logos, photos and artwork copyrights belong to their respective owners. We encourage our users to link back / credit all sources. If you are the copyright owner of any of the logos or photos used and you would like them removed, please contact us and we will do so.